Wednesday, November 5, 2008

exam berlangsung




buat arinie satu paper killer dlam sejarah universiti aku berakhir
iaitu kertas bahasa melayu universiti. utk subjek ini aku merasakan sekdar B+ yang aku
genggami. walaupun ia adalah bahasa ibunda ku tetapi penguasaan nya bukanlah sekdar bertutur,tetapi merangkaumi beberapa faktor lain seprti sastera dan tatabahasa. tidak semudah yan kita sangkai, bukan bumiputera lebih menguasai kertas ini. walhal mereka bertutur lebih teruk bahasanya. tetapi ini adalah lumrah kehidupan seperti bahasa inggeris itu sendiri. rakyat UK kebanyakkan menggunakan 'broken english' jugak. oleh itu mengapa kita perlu segan utk bertutur dalam bahasa inggeris. tetapi sedarlah wahai bangsaku, bangkit lah kamu menaikkan nama bangsa mu di persada mata dunia.

merujuk kembali kepada peperiksaan, aku kini tinggal 5 subjek lagi untuk dihabiskan. gemenetar untuk menduduki ketas matematik kejuruteraan 3, menguasai jiwaku. walau bagaimanapun kehidupan perlu diteruskan. doakan aku berjaya. kesibukan aku menjadi salah seorang pemimpin universiti kini kian terasa. tanggungjawab in perlu diteruskan kerana aku telah menerima amanah ini.

kepada rakan2 soksek akhir tahun ini korang tak de aktiviti yang syok2 ke nak wat. aku nak join la kalau ade. pape gtau aku ok.

Tuesday, November 4, 2008

MajLIs WAtiKAH MPP

Tanggal 25 October 2008, aku melangkah kehadapan jauh hari ini. Untuk makluman sahabat-sahabat, aku telah diberi mandat untuk menerajui barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang baru bagi sesi 2008/2009. Agak sukar untuk menerima jawatan ini kerana tanggungjawab ini adalah teramat berat. Walaubagaimanapun tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh rakan seperjuangan dan pihak pengurusan universiti ini ak akan pikul dengan penuh rasa amanah dan wibawanya. Untuk pengetahuan semua juga ak dipilih untuk mengetuai Exco Informasi & Penerbitan. Syukurlah dapat exco yang seperti ini. Memang kena sangatlah dengan minat aku selama ini. Diharapakan selepas ini aku dapat menjalankan tugas ini dengan jayanya.

Wednesday, October 22, 2008

Suara Bakal Pemimpin

Sesungguhnya menjadi seorang pemimpin bukanlah satu perkara yang mudah kerana ianya indah khabar dari rupa. Menjadi pemimpian diperingkat universiti adalah satu cabaran besar bagi seorang mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran. Pemimpin? Sebagai seorang pemegang amanah pihak universiti dan terutama sekali mahasiswa, contoh terbaik dari seorang pemimpin itu amatlah penting. Setelah dikenali masyarakat universiti segala tingkah laku perlu dijaga kerana ia pasti menjadi buah mulut ramai. Memperjuangkan hak mahasiswa adalah tanggungjawab kita tetapi ingatlah menyuarakan hak itu perlu diikuti dengan tanggungjawab. Tidak bertindak membuta tuli tetapi sebaliknya menyiasat dan mentafsir masalah sebelum membuat keputusan agar tiada penyesalan dipenghujungnya. Seandainya diperjalan itu kita berasa gerun atau patah hati suarakanlah kepada sahabat-sahabat seperjuangan. Marilah kita bersama-sama, memimpin diri kita dan sahabat-sahabat kita agar dapat menjadi insan yang lebih baik.

Monday, October 6, 2008

eXAM jUSt AroUNd DA CorNer

waaaa... exam da nak dekat. takut nye aku esp kepada subjek2 yang bengong mcm signal n drive. drive tapi g leyh bace2 n hafal. but signal i cant understand majority of da topic. OMG plz give me power to do that.mggu nie merupakan mggu gile bagi aku sebab aku kena siapkan banyak mini project asgment report n kena prepare utk program JOM RAYA plak... adoi...
exam aku start 4 nov smp 21 nov. nak tgk jadual pergi la masuk portal tue tgk sendiri k. pastu korang jangn lupe dload skali korg nye exam slip nnt nyesal lak. kepada yang x bayar yuran pengajian tue cpt2 la g langsai kan kalau x x dpt la korg amik exam hehehhee.
kepada sahabat2 mecha sape2 yg da master signal aja la aku esp convolution k... aku x phm ar mende tue pening2... time test tue separuh mati aku menenung buku signal tue last buku tue yg tenung aku balik. cuak pon ade :p.......
ok la aku nak g klas nie. nnt x sempat lak aku.. x mandi lagi nie hehehhehehe

Sunday, October 5, 2008

suNYi DIkALA 4 SyAwaL

kini aku sudah berada di universiti malaysia perlis tempat ku menimba ilmu. kesunyian masih terase disekitar kawasan kampus wang ulu ini.kwn2 aku sume x balik lagi. nape la aku balik arinie ye??? ... musykil klu x leyh ar kumpul duit raya lagi.
klu korang nak tau kisah raya aku taun nie antara stori raya paling skit skali:
1. nie utk 1 syawal~ pergi solat sunat aidilfitri, b4 tue bermaaf-maafan n then duk umah tgk tv ( bosan kn?) nak wat cmne membe2 sume balik kampung tggal ak je r duk beraye di umah nasib ade keluarga disamping ak nie lagi.
2. tatkala syawal kedua, ak berkemas utk pulang ke kampung di serdang kedah. quite interesting journey with a new car ' viva forever'. ak tolak dlm kul 12 smp kat serdang 3++. huish taun nie raya di serdang happening coz dekat porch kete tue x muat langsung org nak letak.kire2 aku dlm 12 bijik kete ade ar. mane x nye sume da ade anak cucu balik. mmg penuh ar umah tok aku tue. mlm tue ade kenduri tahlil skit. then kemas n tdo. mcm bese kaum adam sume kena tdo kat ruang tamu sebab x muat. klu korg nak tau umah tok aku tue ade 6 blik da tue pon x cukop g. mlm tue ak tdo alas ngn comforter + bantal kusyen sofa je. meriah x meriah luu pikir la sendiri...
3. 3syawal~ arinie da mula org sume nak balik almaklum la jumaat da kan isnin nak keje da. tp kire setgh je balik. yg tggal nie plak ape lagi beraye lagi la kte. di hari raye ketiga nie aku n fam aku g beraye kat umah mak lang kat jarak.ade la 5 kete pergi tue. yg hawa da pergi sebelum solat jumaat then ktorg yg laki2 nie lepas je solat trus gerak g umah mak lang. smp2 x kire dah trus je serang dapur cari nasi hhehehheheheh ( ikan bakar tue).. mkn kenyang2 then smbg waaa mmg bes. da ptg skit plak ade plak jamu char kuew tiao. bes woo....... then balik ptg tue mmg gle. sume org tdo kepenatan. abg ogy tdo kul 6++ ptg tue jage kul 8++ pagi sok nye ( mmg dashat ar). HOWEVA im still feel sad. ak x dpt nak g umah hawa g open hauze nak jumpe geng2 soksek. tapi tkpe la kot ade hikmah ak x jumpe korg . next year kasi grand lagi open hauze ko awe..
4. hari keempat merupakan hari terakhir raya ku dirumah. bangun pagi sarapan pagi then siap2 nak balik. tp sarapan pagi aku pg tue bes.. asi lemak 4 bungkus 4 perisa hehehe ala kecik je pon nasi tue; a. nasi lemak telur b. nasi lemak ikan kering ( nie yg terbaik) c. nasi lemak daging d. nasi lemak ayam. sume aku rase... hehehehehe kul 11 abg ogy anta aku g bas stesyen then ak pon balik la ke perlis nie hah...
tue je la cte raye ak taun nie TETAPI x tau lagi ar kan, duk kat UniMAP nie kot2 dapat invitation mane2 g umah terbuka masyuk gk pe. yg kompom rumah terbuka ialah; i. rumah terbuka MECHATRONIC, ii. rumah terbuka UniMAP, iii. program JOM RAYA. sape ade nak wat open hauze tue lagi panggil2 la aku..

Tuesday, September 30, 2008

AidiLfitRI

1 syawal- hari yg penuh bahagia bagi setiap umat islam di dunia termasuk aku.disini inginku memhon seribu kemaafan yg langsung/xlangsung & yg luar +dlm. taun cuti raye aku skit je. so sape nak mai umah 2 cepat la ye. aku ade kat umah 1st day raye je. 2nd day aku balik kg sbb ade kenduri n pastu aku balik trus ke unimap. tapi 3rd & 4th ak akan g beraye umah kwn2 skola aku..... untuk pengetahuna korg taun nie aku shoppin skit je. tema taun nie ialah ; unggu...
satu lagi nak gtau sape anta msg raye kat aku thank you very much, sori x bls coz jimat kdit looo hehehhehee
k selamat hari raya maaf zahir & batin

Friday, September 26, 2008

MEnjElAng SYaWAl

26 ramadhan~ dikala sahabat2 bersuka ria sudah pulang ke rumah, ak masih bersendiri di wang ulu yg permai ini. sudah 2 hari aku hanya tdo sahaja. tiada kerja yang dapat dimanfaatkan. esok merupakan hari yg paling mengembirakan kerana aku akan pulang ke desa ku yang tercinta. menaiki bas transnasional jam 8 mlm ke ipoh pasti menggamit kemeriahan di aidil fitri. namun detik ini amat memberi seribu satu erti kepada diriku.

petikan bibliografi Tan Sri Muhammad Asyraf Abdul Rahman

p/s; hehehe jgn jeles.
 

Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates