Wednesday, October 22, 2008

Suara Bakal Pemimpin

Sesungguhnya menjadi seorang pemimpin bukanlah satu perkara yang mudah kerana ianya indah khabar dari rupa. Menjadi pemimpian diperingkat universiti adalah satu cabaran besar bagi seorang mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran. Pemimpin? Sebagai seorang pemegang amanah pihak universiti dan terutama sekali mahasiswa, contoh terbaik dari seorang pemimpin itu amatlah penting. Setelah dikenali masyarakat universiti segala tingkah laku perlu dijaga kerana ia pasti menjadi buah mulut ramai. Memperjuangkan hak mahasiswa adalah tanggungjawab kita tetapi ingatlah menyuarakan hak itu perlu diikuti dengan tanggungjawab. Tidak bertindak membuta tuli tetapi sebaliknya menyiasat dan mentafsir masalah sebelum membuat keputusan agar tiada penyesalan dipenghujungnya. Seandainya diperjalan itu kita berasa gerun atau patah hati suarakanlah kepada sahabat-sahabat seperjuangan. Marilah kita bersama-sama, memimpin diri kita dan sahabat-sahabat kita agar dapat menjadi insan yang lebih baik.

0 comments:

 

Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates