Sunday, March 1, 2009

Delegasi Pemimpin Pelajar UTEM



28 feb- Seramai 38 orang mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar UTEM, Jawatankuasa Kolej Kediaman UTEM & wakil kelab UTEM telah hadir ke UniMAP bagi mengadakan lawatan rasmi. Kehadiran MPP UTEM juga merupakan lawatan balas daripada mereka kepada MPP UniMAP. Delegasi ini sampai ke UniMAP pada jam 1.00 pagi 27 februari. Mereka telah dibawa melawat kolej-kolej kediaman di sekitar kg wai iaitu KKB, KKC,KKD & KKF. Selain itu mereka juga telah melawat Pusat Kejuruteraan di Kuala Perlis. Mereka amat kagum akan kewujudan clean room di UniMAP. Walaupun masih muda, tetapi UniMAP sudah setanding universiti-universiti lain. Bersempena Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP ke-5, mereka juga telah berkesempatan menonoton beberapa acara seperti 400 saringan lelaki & 800 saringan lelaki. Yg Bhg Dato Kamaruddin juga turut berada di sana ketika kehadiran mereka. Pada sebelah petangnya, delegasi ini telah dibawa untuk meninjau Kampus Alam di Ulu Pauh. Sebelum sesi dialog berlangsung En. Jasni wakil dari Unit Pembangunan Kampus Tetap UniMAP sempat memberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan projek. Sesi dialog yang telah dijalankan telah membuka minda pelbagai pihak. Idea-idea yang telah dilahirkan itu akan cuba di aplikasikan. Tepat jam 6.00 petang delegasi ini telah meneruskan perjalan mereka ke Universiti Utara Malaysia.
 

Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates